ARKB

ARKB

Isnin, 31 Disember 2012

TAHUN 2013

Ucapan selamat tahun baru 2013...

Secara umumnya,menjelangnya tahun baru seperti satu kemestian dalam menyambut sesuatu tahun baru itu diserikan dengan ucapan kreatif yang mencuit atau meninggalkan kesan di hati si penerima ucapan
wallpaper tahun baru 2013 ucapan selamat tahun baru 2013 sms

Ahad, 30 Disember 2012

SENARAI REPETER 2012

                 Senarai repeter terbaru 2012  :  <8hb Ogos 2012>
                              kongsi bersama  9W2RSG

Rabu, 26 Disember 2012

Program ARKB Sepanjang Tahun 2012

Program Sepanjang Tahun 2012 Persatuan Radio Amatur
Dan Rekreasi Kota Bharu, Kelantan (ARKB)

1. Mengadakan Majlis Makan Laksa Sambil Menderma untuk Repeater 9M4RKN- Mac 2012
2. Menyertai Karnival Sains & Teknologi MRSM Jeli – 14 & 15 April 2012
3. Membantu BSM dalam Program ‘Walk With Me 2012 – 3 Mei 2012
4. Mengadakan Kelas Persediaan RAE –Mei-Jun 2012
5. Lawatan ke Cameran Highland -6-7 Julai... 2012
6. Berkunjung ke Majlis Eyeball Durian kelab PUTRA -19 Julai 2012
7. Jamuan Ambang Ramadan – Hujung Bulan Syaaban
8. Majlis Berbuka Puasa ARKB – 6 Ogos 2012
9. Program Berbuka Puasa ala Musafir- 13 Ogos 2012
10. Berkunjung ke Majlis Eyeball Colek kelab PUTRA -17 Ogos 2012
11. Berkunjung ke Majlis Eyeball Raya AKRAB Bachok- 23 Ogos 2012
12. 2 meter net special Aidilfitri – Malam Raya Puasa 2012
13. 2 meter net special Merdeka- Malam 31 Ogos 2012
14. Sambutan Hari Raya ARKB 2012- 07.09.12
15. Mengutip derma untuk disumbangkan kepada seorang rakan HAM  9W2APB - kebakaran rumahnya pada 13.09.2012

Selasa, 25 Disember 2012

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


SKMM adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (AKM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia.  SKMM mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga perkhidmatan internet, pos dan pensijilan digital.

Kenali Radio Amatur

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.